Madrasah Tahfiz Darul Quran (MTDQ) Changlun, Kedah
Terkini
27 Feb 2024 : Perasmian MDTQ Changloon oleh Qari Yassin.
25 Jan 2023 : Kerja-kerja pembangunan terus giat dilaksanakan. Kontraktor telah selesai memasang tiang tiang asas untuk bangunan surau, asrama dan kelas. Semoga Allah SWT mudahkan segala urusan.
22 Jan 2023 : Bayaran tambahan sebanyak RM12,000 telah dibuat kepada kontraktor untuk mencukupkan jumlah RM100K yang telah dibayar bagi milestone pembangunan madrasha.
15 Jan 2023 : Alhamdulillah, bayaran pertama telah diserahkan kepada kontraktor sebanyak RM88,000. Lantai konkrit telahpun hampir siap dan kerja-kerja akan diteruskan dengan izin Allah. Pihak pengurusan masih lagi memerlukan dana untuk kerja-kerja seterusnya.
08 Jan 2023 : Dana terkumpul kini ialah RM72,835.75. Sasaran kini untuk mengutip RM100,000 untuk kerja-kerja asas yang telahpun dimulakan oleh pihak kontraktor. Sila rujuk galeri pembangunan.
05 Jan 2023 : Kerja-kerja asas lantai (floor foundation work) dimulakan.
03 Jan 2023 : Boring machine dibawa masuk untuk menggali sumber air.
31 Dec 2023 : Kerja kerja menanam struktur tiang asas madrasah dimulakan.
dari pihak pengurusan
Pihak Pengurusan MTDQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Pembangunan madrasah telah pun siap 100% dan kini seramai 23 orang anak-anak tahfiz sudah memulakan pembelajaran di madrasah kami. Namun demikian, kami masih lagi memerlukan dana untuk melunaskan pembayaran akhir sebanyak RM75,000 kepada kontraktor. Kami merayu bantuan daripada Allah SWT semoga pihak Tuan/Puan/Dato'/Datin sudi memberikan sumbangan supaya kerja pembangunan dapat diteruskan dalam masa terdekat.
1. Pengambilan pelajar baru
2. sumbangan pengurusan
Dengan Izin Allah, sumber kewangan utama kami pada masa ini ialah 30% dari kutipan yuran (RM200 setiap pelajar yang berkemampuan) dan 70% dari infaq orang ramai dan AJK pengurusan sendiri. Seperti mana Tuan/Puan sedia maklum dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup, tarif elektrik dan pelbagai lagi; pihak madrasah amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat membantu sedikit sebanyak sama ada wang ringgit atau bahan mentah untuk pelajar-pelajar tahfiz di sini.
Keberkatan rezeki seseorang itu berdasarkan kehendak Allah SWT, dan dalam masa yang sama, Allah menjelaskan kepada Rasulullah SAW tentang cara untuk menggapai keberkahan rezeki itu, iaitu dengan cara infaq dan membayar zakat. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT:
قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki’.”